Featured Articles

 

Top three Hi-Teas in KL
An afternoon tea of scones, cakes and speciality teas

Created On 07-05-2014

Written with passion by Nurfarhana Chek Saat

Tak lama lagi Hari Ibu bakal menjelma. Kat mana nak sambut ye? Mesti semua tengah pening nak mencari tempat untuk sambut dan macam mana nak buat kejutan istimewa untuk ibu masing-masing kan?


Di Dineout, kita tak sabar nak kongsi dengan korang semua tiga buah restoran terpilih dan menarik untuk sambut Hari Ibu. Bila? Amboi, takkan la tak tahu bila Hari Ibu kot? Hari Ibu dah tak lama lagi dah.
 11 Mei ni merupakan Hari Ibu. So, korang dah boleh dah ni nak reserve restoran untuk sambut nanti. 


MISS ELLIE TEA HOUSE
http://dineout.com.my/restaurant/view/miss-ellie-tea-house

 






Apa yang menarik, restoran ni menggunakan dekorasi perabot yang sangat cantik dan korang akan rasa seperti makan di rumah sendiri ! Kita sangat sukakan dekorasi di dalam restoran yang bertemakan klasik dan mewah. Nampak klasik sangat. Nak makan pun selesa. Serius, sangat selesa. Lagi-lagi layanan daripada pelayan-pelayan restoran termasuk chef mereka, Justine membuatkan kita rasa macam istimewa sangat. Terima kasih pelayan-pelayan Miss Ellie Tea House. :)




Okay, untuk itu marilah kita menjamu mata dengan makanan-makanan yang merupakan antara best-seller di Miss Ellie Tea House. Makanan yang kita cuba ni semuanya dicadangkan sendiri oleh pemilik restoran. 

 

Australian Beef Casserole (RM 18.50)

Australian Beef Casserole ni sangat sedap. Rasa dia macam rendang daging, kalau makan dengan roti tu memang PERGHHHH! Hahaha. Memang sedap. Rasa macam masakan orang Melayu. 

Panna Cotta (RM 7.50)

Panna Cotta merupakan salah satu dessert yang paling kita suka. Makan Panna Cotta ni macam makan taufufa. Gabungan gula melaka, potongan tembikai susu dan strawberi tu sangat menaikkan rasa Panna Cotta ni. Korang patut cuba!

 

Crème Brulee (RM 8.50)

Fana tak pernah makan Crème Brulee. Ini merupakan kali pertama Fana rasa. Sangat sedap! Sejak makan Crème Brulee dekat Miss Ellie Tea House, Fana terus jatuh cinta dan nak makan lagi Crème Brulee ni. Puding dan gula yang dibakar kat atas sebagai topping, memang ngam habisss! Meleleh air liur. 

 

1 Pot Chamomile Tea (RM 7.50)

Makan di Miss Ellie Tea House tidak lengkap tanpa teh perisa yang mereka sajikan. Teh merupakan minuman utama yang disediakan di restoran ni especially Chamomile Tea dan ianya sangat sedap. Untuk korang yang gemarkan teh yang berlainan, boleh la cuba pelbagai jenis teh di Miss Ellie Tea House.

Apa yang menarik di restoran tersebut? Okay, korang patut cuba semua menu yang kita tunjukkan kat atas, pelayan-pelayan restoran semua sangat peramah sampai berapa kali tanya "How's your meal?" "Is everything good here?" and banyak lagi la. Yang paling best sekali, NO GOVERMENT TAX, NO SERVICE CHARGE ! Harga yang disenaraikan dalam menu itu la harga yang akan korang bayar.




DRAWING ROOM, CARCOSA SERI NEGARA
http://dineout.com.my/restaurant/view/drawing-room

 


Suasana di
 Carcosa Seri Negara terasa sangat eksklusif bila dapat minum petang di Carcosa Seri Negara sebab tempat ni merupakan salah satu bangunan yang bersejarah. Carcosa Seri Negara dibina oleh Sir Frank Swettenham pada zaman penjajahan British di negara kita satu ketika dahulu. Sekarang, ianya menjadi tempat penginapan bagi pelancong yang datang ke Malaysia.

Jadi, senibina dan susun atur Carcosa Seri Negara adalah berasaskan dekorasi Inggeris dan nampak sangat klasik dan kontemporari. Kita sukakan warna bangunannya yang putih. Apabila masuk ke lobi, penuh perabot dan karpet yang nampak mewah serta lampu candeliar menghiasa ruang lobi Carcosa Seri Negara.


Tempat ni mungkin menjadi tempat yang mampu korang abadikan kenangan bersama bonda tercinta sempena Hari Ibu. Penuh dengan ciri-ciri klasik serta mewah. Ibu korang mesti suka berada di dalam kawasan tersebut. Sambil menikmati hidangan minum petang, sambil melihat kehijauan alam sekitar yang sangat indah.

 

Untuk minum petang, kita dihidangkan dengan Afternoon Tea Set. Di dalam set tersebut terdapat tiga tingkat pinggan yang penuh dengan mini desserts. Saiznya kecik tetapi banyak jenis. Jadi, banyak pilihan untuk korang makan sambil berbual mesra bersama ibu tercinta.

  

 

Kita pilih Set Inggeris sebab kita nak rasa feel makan di Carcosa Seri Negara yang berunsurkan Inggeris ni. Kena dengan tema. Untuk Afternoon Tea, korang boleh pilih sama ada English Set ataupun Malay Set. Untuk Malay Set, menu yang akan dihidangkan ialah seperti kuih-muih melayu dan teh semestinya! Untuk saiz pula, sangat kecil dan muat-muat masuk mulut. Jadi, korang takkan rasa kenyang sangat. 

 

 

Raisin and Plain Scones

Tindak lngkap rasanya hidangan minum petang tanpa scones. Scones yang disediakan adalah pelbagai dan kita pilih kismis dan kosong. Macam biasa, cara makan scones ialah dengan sapukan jem dan krim pada roti dan makan! 

 

Soft Peach Tea

Untuk air pula korang boleh pilih sama ada nak minum Tea Set ataupun Coffee Set. Fana pilih teh sebab Fana rasa minum petang akan jadi lengkap bila dihidangkan bersama teh yang panas. It's just perfect! Fana pilih Soft Peach Tea dan Strawberry Fields Tea. Untuk Soft Peach Tea rasa dia macam minum air teh campur buah peach. Sedap, manis dan masam. 


So far
, kita memang enjoy minum petang di Carcosa Seri Negara sebab suasana santai yang disajikan depan mata memang sangat menimbulkan rasa istimewa. Jadi, bawa la mak, mama, umi, ibu dan mummy korang makan kat sini sebab tempat ni bukan saja eksklusif, malah ianya sangat klasik!

 

NOSH, BANGSAR
http://dineout.com.my/restaurant/view/nosh

 

 

NOSH yang terletak di Bangsar ni merupakan salah satu restoran bercirikan mewah dan moden. dari segi hiasan dalaman sahaja, mampu membuatkan pengunjung berasa selesa dan privasi. Terdapat banyak kerusi dan meja yang disediakan di dalam restoran dan susun aturnya sangat kemas.

Sempena Hari Ibu yang bakal menjelma tak lama lagi, NOSH mengadakan promosi yang hebat kepada pengunjungnya. Jadi, jangan lupa untuk dapatkan promosi ni sempena Hari Ibu. Datang la bawak ibu tercinta dan dapatkan diskaun dari NOSH. Diskaun berlangsung sepanjang bulan Mei.

 

 

Makanan kat NOSH pun boleh tahan sedap. Lagi-lagi dessert dia. Kata orang kalau restorannya cantik dan kemas, pasti makanannya juga sedap. Terbukti memang sangat sedap. Suasana di restoran ni sesuai untuk menikmati minum petang mahupun makan malam bersama keluarga tercinta.

 

Susun atur dapur restoran

Kita cuba tiga jenis pencuci mulut paling laris yang terdapat di NOSH. Sangat sesuai untuk dijadikan minum petang bersama ibu tercinta. Lagipun restoran ni juga agak santai dan makanan yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Lagi-lagi food presentation oleh Chef sangat memuaskan hati dan seronok untuk diambil gambar.

 

Hidangan pencuci mulut

 

Profiteroles (RM 16.00)

 

Creme Brulee (RM 12.00)

 

Classic Cheese Cake (RM 16.00)

Ada banyak lagi menu yang menarik di NOSH tapi kita tak berkesempatan untuk rasa lagi. Kalau korang rasa tergiur dengan kesedapan makanan-makanan di NOSH boleh la datang dan jangan lupa untuk bawa ibu tercinta sekali sebab NOSH ada promosi hebat sempena Hari Ibu. 

Korang boleh cuba Afternoon Tea Set yang disediakan di NOSH kalau nak makan pelbagai jenis kek. Tetapi korang kena datang sebelum jam 5.30 petang sebab ia cuma ada pada pukul 3 petang hingga 6 petang sahaja. Kek cepat habis. Jadi, datang la awal.


Jadi, ini la antara tiga restoran yang fana boleh cadangkan kepada korang sempena Hari Ibu yang akan datang. Boleh dah nak pilih pegi mana. Tak lama dah tu. Yang pasti korang dapat buat ibu korang gembira dengan makanan yang disajikan. Siapa yang tak nak buat yang terbaik untuk insan kesayangan kan?
 



Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu seluruh dunia!

 

 

 

 


Back to Featured Article
Find me a restaurant
Find me a restaurant


Find me a restaurant
Find me a restaurant